-KATA-KATA DARI PENGARAH-
Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Terlebih dahulu saya mewakili pihak syarikat mengucapkan jutaan terima kasih diatas keperihatinan pihak YB Dato, Tuan, Puan, En, Cik kerana sudi untuk meluangkan masa mengetahui latar belakang syarikat melalui Laman Web ini.
Terima Kasih juga diucapkan kepada pihak swasta dan agensi kerajaan yang telah memberi kepercayaan dengan mengadakan urusniaga dengan syarikat kami untuk tahun 2009. Insyallah segala usaha yang telah dilakukan mendapat keberkatan daripadaNya.
Moet Group Of Companies menjalankan perniagaan sejak tahun 1991 bermula di bidang peruncitan diikuti pemborongan, pembinaan, katering, multimedia dan perunding perniagaan. Dengan berteraskan slogan “Kecemerlangan Kami Keperluan Anda” di dalam setiap usaha dan tindakan yang dilakukan, kami yakin mampu untuk memastikan segala urusniaga dapat dijalankan menepati kehedak pelanggan.
Oleh yang demikian, pihak syarikat amat berharap agar hubungan dagang yang terjalin dapat dieratkan dan dipertingkatkan bagi memastikan perniagaan kami dapat berkembang maju di masa akan datang.
Sekian
Mohidir Amin
Direktor Moet Group Of Companies